Wednesday 7 October 2015

Bengkel Herba

26 November 2014
Abu Nazri Bin Bakar. PKC, Pen. Pegawai Pertanian  Daerah Bera
Bera - Selaras dengan kehendak Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani selaku Ahli Parlimen Bera supaya Daerah Bera merupakan hub pengeluaran herba, satu bengkel penyediaan pelan pembangunan herba Daerah Bera telah diadakan pada 24.11.14 hingga 25.11.14 bertempat di Dewan Komuniti Kampung Mengkarak, Bera  anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang.
Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis herba dan rempah ratus yang akan ditanam serta mempunyai pasaran yang terjamin di samping mewujudkan usahawan-usahawan herba samada sebagai pengeluar, pemprosesan atau agen pemasaran.
Ahli-ahli bengkel terdiri daripada Ketua Bahagian dan Sekysen Ibu Pejabat Pertanian Negeri Pahang, Ahli MOA In Daerah Bera termasuk Risda, Felda , Felcra serta Agen Pengembangan Kawasan manakala Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan)  dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) selaku pemudah cara.
Bengkelherba1 
Pengarah Pertanian Negeri Pahang sedang menyampaikan ucaptama bengkel.

Kertas kerja bertajuk Pembangunan Tanaman Herba Negara Dan Kluster Herba Dari Aspek Pengurusan Rantaian Bekalan Bahan Mentah Industri Huluan telah di bentang oleh Tuan Haji Mohamed Redza Bin Baba, Ketua Unit Herba / Rempah Ratus Bahagian PTIF Putrajaya.
Tiga aspek penting telah dibincangkan iaitu pengeluaran herba, aktiviti hiliran serta pemasaran. Rumusan bengkel ini akan dijadikan panduan untuk merangka Pelan Pembangunan Herba RM 11 ( 2016-2020 ). Walau bagaimanapun tanaman rempah ratus yang telah dikenalpasti semasa sidang bengkel akan dimasukkan dalan perancangan tanaman herba tahun 2015.
Turut hadir majlis pembentangan rumusan bengkel tersebut ialah Pengarah Pertanian Negeri Pahang Dato Hajah Kamariah Bt. Haji Ismail. Warga Pejabat Pertanian Daerah Bera mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan bengkel ini khususnya Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Putrajaya, Ketua-Ketua Bahagian dan Sekysen, Cawangan Teknikal serta semua pihak yang terlibat.

0 comments:

Post a Comment