Tuesday 6 October 2015

KELOMPOK BUAH MEMPAGA, BENTONG.

Suntingan : Norazlina Binti Ismail

Lawtan DO

Kejayaan tidak akan datang tanpa kerjasama dan pengorbanan. Begitulah semangat peserta Kelompok Buah Mempaga, Bentong. Satu majlis telah diadakan pada 22 Januari 2015 yang lalu bertempat di kawasan projek bagi meraikan kemenangan  sebagai pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Kumpulan Tani peringkat Kebangsaan 2014 yang dianugerahkan pada MAHA 2014 di MAEPS Serdang, Selangor yang lepas.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Daerah Bentong YH. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, DIMP, AAP, Penolong Pegawai Daerah Bentong Puan Siti Massuriani Binti Muhamad Amin dan Penolong Pegawai Daerah Encik Muhamed Hafifi Bin Zulkifli.
Di dalam majlis ini, peserta mengadakan doa selamat dan tahlil bersama-sama. Setelah selesai, Pegawai Daerah Bentong memberi ucapan dan berkenalan dengan peserta serta penduduk sekitar yang hadir sama. Di dalam ucapan Pegawai Daerah Bentong, beliau kagum dengan peserta yang berjaya setelah memasuki pertandingan ini dari tahun 2005 lagi. Ia akan menyuntik semangat kepada para belia dan menyarankan supaya projek ini berkembang dengan adanya pusat pemprosesan hasil supaya banyak produk berasaskan nangka dapat dihasilkan. Selain daripada itu, beliau juga menyarankan tempat ini ditambah dengan tanaman lain yang mampu menaikkan projek ini lagi. Projek ini juga boleh dijadikan tempat latihan dan perkhemahan dengan mengekalkan elemen-elemen alam semulajadi dan berpotensi sebagai destinasi agro pelancungan.
Pegawai Daerah juga melawat di sekitar projek dan beramah mesra dengan menjamah makanan bersama-sama peserta. Dengan adanya projek berdaya maju di sini, ia akan menambahkan lagi pendapatan petani dan menggalakkan lagi orang ramai menceburi bidang pertanian yang semakin lumayan.
Di dalam majlis ini juga, Pejabat Pertanian Daerah Bentong telah menyampaikan input pertanian seperti kanopi untuk aktiviti peserta kelompok ini yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Bentong kepada peserta.

0 comments:

Post a Comment