Wednesday 7 October 2015

KORELASI TANAH DOA-MSSS

KORELASI TANAH DOA-MSSS
Disediakan Oleh : MUSTAFA KAMAL BIN ABDULLAH.
Bahagian Pengurusan dan Sumber Tanah Putrajaya bersama Persatuan Sains Tanah Malaysia telah menganjurkan satu korelasi tanah yang dikenali sebagai KORELASI TANAH DOA-MSSS. Korelasi tersebut telah diadakan pada 18-20 Ogos 2014 bertempat di sepanjang jajaran Lebuhraya Temerloh-Kuantan-Cherating.
 Kolerasi1  Kolerasi2
Objektif utama korelasi ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang penghuraian profil tanah, mengenalpasti siri tanah, pengkelasan tanah, kesesuaian tanah tanaman dan kelas halangan tanah. Peserta-peserta korelasi  adalah terdiri dari ahli-ahli Persatuan Sains Tanah Malaysia dengan penyertaan seramai 40 orang yang terdiri dari pelbagai institusi.
Institusi yang turut serta adalah terdiri dari Jabatan Pertanian , Apply Agriculture Research, Malaysia (AAR, Malaysia), Crops for The Future Research Centre (CFFRC), Estet Pekebun Kecil Risda (ESPEK), Felda Agriculture Services Sdn Bhd (FASSB), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sime Darby Plantation (SIME), Perusahaan Terhad Apply Agriculture Research, Indonesia (PTAAR, Indonesia), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan United Plantation (UP).
 Kolerasi3  Kolerasi4
Sebanyak 9 pedon daripada cadangan asal 10 pedon telah dikorelasikan oleh En As’ari Bin Hassan, Timbalan Pengarah BPPST, Putrajaya bertindak sebagai Korelator Tanah. Isu-isu perbincangan merangkumi sifat-sifat tanah, genesis tanah, pengkelasan taksonomi tanah, pemahaman konsep istilah-istilah di dalam sIstem taksonomi dan tumpuan yang lebih kepada kesesuaian tanah tanaman.
 Daripada 9 pedon tersebut, sebanyak 2 pedon terbentuk daripada lanar laut (BRIS) yang terletak di Stesen MARDI Sungai Baging Cherating, Kuantan. 5 pedon terbentuk daripada batuan tanah Igneus/mendapan yang terletak di sekitar Kuantan (Beserah dan Taman Pertanian ) dan Maran (Pusat Pertanian Kg Awah) manakala 2 Pedon terbentuk daripada Lanar Sungai yang terletak di sepanjang Sungai Pahang ( Kg Buntut Pulau Temerloh dan Kg Tanjung Keramat.)  
 Dengan terlaksanya korelasi ini adalah diharapkan dapat meningkatkan kemahiran peserta mengaplikasi di institut masing masing.

0 comments:

Post a Comment